Saturday, January 14, 2012

cerita 30 december lepas.



Photobucket

Lamanyaaaaaaaaaaaaaa saya tak update blog. Kan? Sepatutnya entry birthday haruslah di publish pada 30 december lepas. Tapi memandangkan selama sebulan saya menjadi seorang yang workaholic yang kerja lebih dua belas jam sehari dengan OT almost 5hours a day dan tanpa cuti langsung, maka terabai lah blog ni buat seketika. Hari Hari ada niat nak update dan hari hari juga lah niat terbantut dek kerana tertidur depan laptop. Tak tipu. Ianya rasa penat yang paling penat saya pernah rasa. Sampai demam demam sampai sakit sakit badan sakit sakit kaki kerja. Family pun naik risau dan kesian. Hari Hari update cerita kerja dekat Twitter, so siapa yang follow tu tahu lah susah payah, kena ngorat, kena marah dan macam macam lagi sepanjang bulan tu. Tapi Tapi Tapi kannnn, paling best part dipanggil ke office untuk ambil gaji atas meja. Tiba Tiba rasa poket penuh pulak ! Ngeh Ngeh. Alhamdulillah. Time Time ni siapa baik dengan saya mesti dapat makan free! Sekarang pula, Memandangkan dah berhenti kerja , jadi dah boleh update blog dengan kerap :) takde dah tipu tipu cakap nak update tapi end up tertidur depan laptop. Hehe sorry, bukan tipu tapi tertidur tiap kali nak update. Sob Sob.

Ok dah boleh stop dengan intro panjang berjela. Lets flashback to previous 30th of dec 2011.


Photobucket

Ini selepas kena baling dengan benda kelip kelip kilat kilat dekat tempat keje. Terkejut tau bila kena baling dengan benda alah ni. Berkilat kilat habis satu muka. Satu pasaraya tu saya kejar akak supervisor. Lepastu kasut kena sorok, berkaki ayam jadinya. Memang kaw kaw kena prank. Habis dalam kereta saya pun berkilat kilat. Drive dengan kilat kilat satu muka. Hehe

Malam tu saya call Amrey Ezuan. Free call kan. Saya call sekejap je sebab penat saya sudah capai tahap maksimum masa tu. Tak sempat nak call orang ramai dalam contact list macam yang saya buat setiap tahun. Besok nya pulak saya kerja. Jadi memang tak boleh tidur lambat. Masa call tu bunyi bising. AE kata itu roomate dia yang bising. Saya pun percaya bulat bulat. Bila nak end call dia cakap 'Tahu tak i dekat mana? Dalam bus nak balik PD' and i was like excited gila dalam hati tapi buat donno sebab masa tu macam dah mamai mamai plus kecil hati sebab dia macam tak eksaited birthday saya :'| Lagipun saya anggap dia main main je tu.

Next day, pergi kerja macam biasa. saya Text Amrey Ezuan tanya betul ke dia balik PD. Dia kata, Tak, dia tak ada dekat PD. dia saje saje cakap macam tu untuk sejukkan hati saya. Apa lagi. Nak menangis ada nak marah pun ada. Mixed feeling ! Tak baik tau buat orang macamni :(

Tengahari tu pulak, Ayah dan adik adik datang hantar Cake dan keropok , coklat serta Air untuk makan dengan Staff sekerja. Suprise pulak bila tiba tiba ayah datang hantar. Sedih tadi hilang kejap. Hi Hi.

Photobucket

Ini cake untuk celebrate dekat tempat kerja :) Cukup sebab staff pun bukan ramai mana. Paling penting , cake ni serious sedap !

Petang tu pulak, Amrey Ezuan bukan nak balas msg. Memang laaaaaa sentap kan. Lalu saya pun membawa diri duduk atas stok baju dalam pasaraya tu. Tengah leka mengelamun, tiba tiba dengar ada orang panggil. Tu pun dia kata dia panggil beberapa kali baru saya sedar. Tengok depan....

Arghhhhhhhhh AMREY EZUAN RUPANYA! okay eksaited gila dalam hati tapi tak tunjuk depan depan. Hehehe. Mengada tau ! dala percaya yang bunyi bising tu roomate dia. Padahal bunyi dalam bus nak balik from Perlis to Port Dickson. Memang macam tertipu sangat. Tapi ini suprise paling best pernah saya dapat. Then dia pergi kereta kejap ambil hadiah :') Hehe. Pukul 6 petang dah masuk waktu rehat saya so straight pergi mcd untuk makan.

McD PD romantik tau petang petang. Masa makan dapat tengok sunset tepi pantai. hehe :)

Pandai gila berlakon sampai saya tertipu. Bukan senang nak prank Aqilah Ashari. Well done AE. hehe. Bila dah tengok saya sedih duduk sorang sorang sambil mengelamun, baru minta maaf dan kata sedih sangat tengok saya macamtu :P Tahu pun ! Siap cerita dekat Family saya macam mana saya mengelamun sampai tak dengar dia panggil.

Malam tu pulak nak makan makan sikit dekat rumah. Berani mati mintak izin supervisor nak balik awal. harus lah appreciate birthday yang setahun sekali kan?


Photobucket


Photobucket

Chocolate Indulgence :) and western food. omnomnomnomnom

Masa ni AE baru balik kenduri dan bawa nasi minyak serta lauk pauk sekali. Banyak pulak tu. Much thanks dear! Bertambah makanan. Alhamdulillah. Rezeki :)


Photobucket

Venue : Home sweet Home. Pondok tu tempat kitorang lepak ramai ramai

Photobucket

Lepas makan , ps3 Timeeeeee ! Bak kata Darimi "This is the coolest Family ever!" Lama jugak dia mengadap ps. Gamers tegar kan masing masing. Alang Alang Alep tengah text Darimi, so ayah pun invite Darimi datang sekali makan. Family kitorang memang rapat


Photobucket

Saya sangat tak ada masa nak Makeup even secalit. Balik kerja terus mandi dan prepare for this celebration. Penat sangat sangat hanya Allah je tahu. Muka pun macam pucat. Eyebag pula sudah mula berjinak jinak bawah mata. Pathetic me.

Ohye, belakang tu ada kaki Suhyla Ashari dan Boyfriend dia, Alep Masakazu. Tengah layan ps.

Photobucket

Saya camwhore dan syok sendiri sebab masa tu tak ada sesape nak tolong snap. Hampeh! Haha

Photobucket

I confess that you've made my 19th birthday more special ! You really did :')
" it is not how much you did , but how much love you put in the doing "


Muka bangga pegang cake :'D Simple! Small celebration je pun. hehe

Photobucket

Antara yang memeriahkan lagi suasana :) Thanks guys ! Appreciated.

Photobucket

Adik saya, Suhyla Ashari dan Alep Masakazu yang sama umur dengan saya. Korang dua memang sweet. Tapi saya dan Amrey Ezuan lagi sweet. Okbye. Hahaha.

Ok lah, ini pulak birthday present daripada semua. Thankyou people :') To show my appreciation, i tepek dekat blog. Let the pictures speak for themselves ~


Photobucket


Photobucket

Amrey Ezuan kata ada satu hadiah tu 'Hadiah Menganjing' Tau tak apa?

Jam Loceng Angry Bird. Betul Betul menganjing -.-" Nak cakap aku bangun lambat la tu! Haha

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Lets move to my birthday Wishes. Secara jujurnya dekat sini, saya memang tak sempat nak reply semua atas dasar sibuk dan penat bekerja part time. (eh macam ayat retissss tak? Kahkah. annoyed much kan?) hehe. tapi betul , free call pun terbuang macam tu je. Keje punya pasal. Mencari sesuap nasi kata orang. hehe.

Again, let the pictures do the talking :)

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Antara ucapan dekat Twitter. Yang dekat Fb tak payah lah eh :D haha


Selain tu, sejuta penghargaan buat dua kawan baik yang update entry untuk saya. Baca lah :) Menangis terharu tau baca. hehe.



Banyak lagi birthday wishes. rasanya tahun ni paling banyak dan paling awesome. Wishes semua stok nak panjang panjang je. Memang mengalir air mata baca.

Terima Kasih semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Semoga kita sama sama sentiasa dijaga Allah dan panjang umur serta murah rezeki. InsyaAllah :)

Terima kasih Mama Ayah. Tanpa kalian dua, tak ada lah insan bernama Aqilah Ashari.


Photobucket

Ini masa birthday saya masa umur SATU TAHUN. Dekat rumah arwah Nyaie and Yaie. Kepala botak tu dah tentu tentu lah saya. Rasa macam cepat je masa berlalu kan? Tup Tup budak botak yang gebot tu dah 19tahun.

Photobucket

ini pulak masa saya dah besar sikit. Ini birthday akak saya. Tapi gambar ini menjadi bukti betapa saya gilakan cake birthday ! Hi Hi Hi

:") Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. sekarang dah besar ! Dah ada cita cita. Dah boleh berdikari. Dah belajar cari duit masa cuti. Semoga saya sentiasa kuat hidup di muka bumi ini. InsyaAllah.

Again, Million thanks to those yang menceriakan 30 december saya yang lepas. Hehe

Tahun 2012 ni pulak , dah 20 :"D Time flies so fast !


4 :):

  1. tak share pon kek.. gini a sekarang.
    report abang samurai

    ReplyDelete
  2. ehh ada twitter kite laa :p hee sweetnya bday! Banyak Hello Kitty jugakkk! :O

    ReplyDelete
  3. Aisya J : Aah ada twitter awak! :D Hee thanks babe. mesti kau suka en hello kitty

    ReplyDelete