Dupdap dupdap gila masa tengok match malam semalam. Dupdap Dupdap gila
Sebelum match start aku dah ready ready depan Tv sambil nervous yang amat sangat. Rasa macam sangat patriotisme. Tweeting sambil tengok bola , rasa macam sangat semangat. Time Line twitter laju gila. Tweetpeeps semua jadi pengulas sukan tidak bergaji. Kata doa , Kata semangat , carutan , Amarah semua ada. Family pula bersatu depan Televisyen. Jerit dan lompat sama sama. Adik Adik aku pula , Melompat goal rupa rupanya Offside. Come on dik ! Haha. Tapi tak apa hilang suara malam tadi , Berbaloi. Untuk Negara juga kan?
Part paling cuak masa penalty. Ah, Takut gila.
Tahu tak , masa penalty, Bila ayah aku kata "ah Fakri ni tak goal punya" - Betul Betul Tak goal
Bila Ayah aku kata " haaaa ni yang indon ni mesti Goal ni. betis besar" - GOAL jadinya.
Ayah kata tengok ekor mata. Ayah knows how to predict even by looking at their eyes.
Khairul Fahmi and Nazmi Faiz are still trending in Malaysia bila aku buka twitter pagi tadi . Malam tadi pula , dua nama ni trending worldwide. i repeat, WORLDWIDE !
Nazmi Faiz tu tujuh belas tahun. Muda. Rambut bieber. Memang laaaa berderet peminat perempuan. Siapa tak suka kan ? Hik Hik. Aku jamin , Malam tadi mesti ramai yang dok cari jersey 21! Tidak lupa juga Si Apek ber-Jersey Hijau. cecehh.
Rasa nak menangis bila Malaysia menang :') Terharu. Tahu kenapa ? Kerana Malaysia mampu jatuhkan EGO indonesian. Kesian skuad Malaysia asyik dicemuh di sana. Dengan penyokong mereka yang tak reti berdiri bila lagu Negaraku dimainkan. Dengan Jenayah cyber by hacking malaysian's website. Dengan membakar bendera lagi. MasyaAllah. Taksub sangat?
Tapi tak apa. Apa Apa pun, Congrats Skuad Harimau Muda. Aummmmmmmmm!
Ni kat facebook sikit je. Belum lagi kat twitter. Haha
ps / Aku bukan layan bola sangat. Tapi when it comes to my own country, sangat semangat!
pss / Adik aku cakap kening Khairul Fahmi macam kening Amrey. Eh dua dua pun Apek. Eh okbye nanti ramai marah. hahahaha
Baca sini untuk informasi sepenuhnya http://bola-sepak-info.blogspot.com/
Forever #TeamHarimauMalaya ;)



ahahhh! semangat auuummmm. :DD
ReplyDelete