Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah. Rezeki Allah beri.



Malam before result , saya lepak sate kajang dengan kawan kawan baik saya. Buat buat tak ingat yang malam tu pukul dua belas dah boleh check result. Lepas makan sate , Masuk pula hotel punya kawasan. Saje Saje masuk nak bergambar. Bukan untuk check in atau apa. Buat muka innocent. Macam biasa, saya jadi driver. Diorang kata saya drive macam roller coaster. Kalau orang beranak , takpayah push push dah boleh terberanak. Kawan Kawan baik saya memang macam tu. Suka buat cerita. Padahal saya driver berhemah serta berdisiplin gila. Imma good driver ya know. ( saje panjangkan intro )

Balik tu , saya mengadap twitter. TimeLine twitter saya penuh dan sarat dengan kiraan masa untuk check result. Iyelah, students Diploma pun dapat result pada hari yang sama. Ah malas nak cerita macam mana rasa cuak saya. Sejuk kaki ? Harus. Rasa nak muntah ? Memang. Tak senang duduk ? Mesti dan mesti. Malas explain lebih. Kena rahsiakan yang saya sempat menangis dalam blanket atas dasar takut yang amat sangat. Nanti dah tak cool kalau orang tahu.

Sekejap baring , Sekejap check twitter through phone , Sekejap check email di laptop. Ah, pathetic gila. Saat demi saat berlalu , Satu satu tweet kawan kawan seperjuangan keluar di Timeline. Kebanyakannya mengucap syukur yang tak sudah pada Allah. Saya pula? Hanya mampu congratulated others. Email daripada UITM masih belum terima. Saya refresh refresh refresh, tak ada juga. Takkan nak refresh sampai lebam kan ? Jadi saya shutdown. Tutup muka pakai selimut. Bajet mampu tidur , tapi tak mampu. Padahal Mata dah pedihpedih.

Buka laptop balik. Check email. ADA EMAIL BARU ! Masa tu rasanya dalam pukul 3 setengah pagi. Terus bukak tanpa hesitate. Mana mampu nak tahan nervous sampai pagi besok. Gua tak kental. Jadi baik tahu keputusannya awal awal. Saya bukak dan First thing saya usha ialah CGPA saya. WAJIB dapat 3 pointer ke atas supaya dapat proceed degree dalam bidang undang undang. Seterusnya, LULUS semua subjects supaya tak perlu balik ke UitmKuantan untuk repeat paper. Siapa tak takut dengan repeat paper hoi. Nak nak bila paper sangat sangat membunuh kan? Mesti ada rasa macam weh, mintak mintak aku tak repeat ! Tak ada dah istilah weh, mintak mintak aku 4FLAT!

*baca doa banyak banyak sebelum check email. So, ini resultnya.

Photobucket



Bagi saya killer subject ada dua. Dan see, Dua dua saya failed to get an A. Even A- pun tak cecah. Sob Sob. Kenapa hitamkan dua gred tu ? Hahahaha bagi lah can aku nak menutup kecacatan result ni sikit weh :'| Hik Hik


GPA ? CGPA ? cukup sekadar saya katakan Alhamdulillah. Tidak lah hebat sangat. Ramai lagi yang pointer tinggi melambung lambung. Tapi atleast, i've tried my very best dan sejajar dengan usaha. Allah berikan lagi satu rezeki dan buka lagi satu peluang untuk saya capai cita cita selepas Muet hari itu

Rezeki Allah beri :')

Photobucket

Juga Rezeki Allah beri :')


Pukul tiga pagi tu jugak pergi salam cium tangan Mama Ayah. Hehe. Sebak wooo. Sob Sob Sob
Ayah pun sebenarnya susah nak tidur. Cecehh, Kimia sungguh dengan anak dia kan! Sayang Ayah
Tahu tak, ayah saya sebut "yeaaaa" comel gila :'O


Sekarang, segala galanya bergantung pada REZEKI seterusnya. Doa doa kan.
Thanks a lot to Allah, parents , lecturers , friends and ehem , Encik AE kita juga. I love u guys sangat!
Tidak lupa, Tahniah kepada kawan kawan baik saya. Berkat usaha kita kan ? :')



Ps/ Again, saya tak showing off apa apa. Tidak salah jika nak appreciate diri sendiri kan? Lagipun, segala gala yang tertulis dalam blog semuanya kenangan bagi saya. So, why not share serba sedikit dan hargai diri sendiri kan? Tak ada riak serta takaburrrr. harap maklum :)


pss/ Macam yang tertulis pada header blog saya yang masih fresh barunya tuh,
"No dreamer is ever too small , No dream is ever too big"

Lagi satu ps/ Semalam saya pergi class Make Up! Jealous much? Hehehe

Ps yang terakhir / Selamat hari raya aidiladha kepada seluruh Umat Islam :)



Photobucket

Caption gambar : Sate Kajang di malam Hari. Camera ni pentipu besar la. Mana ada mata aku sekecik ni. Ni bukan kecik dah ni, Over sepet you know. Tipuuuuuu je tahu tau. Nampak macam baru lepas nangis pun ada. Tapi tak apa, nak juga tepek sebagai bukti saya mampu berjimba di sate kajang di malam sebelum dapatnya result. Ho Ho Ho.


Ok lah , Sayonara ! Assalamualaikum :) :)

7 :):