Wednesday, March 23, 2011

cuti cuti semester.


hello beybeh ! i'm backkkkk.
rindunya rindunya rindunyaaaaa.

rindu nak type entry pepanjang macam dulu dulu sampai juling mata pembaca nak baca satu satu ayat. rindu nak jadi penulis syok sendiri main type apa suka dalam blog. rindu nak guna ayat ayat tunggang terbalik macam tak pernah dapat A+ dalam BM zaman spm dulu. rindu nak suka suka hati type entry guna bahasa main hentam kromo. rindu nak tepek tepek gambar besar gedabak dalam blog ni. senang cite, memang rindu ah.

dan sekarang, cuti dua bulan lebih dah bermula. so konklusinya, aku akan sentiasaaaaa update blog tanpa ada rasa ragu ragu. tanpa ada rasa bersalah tak study untuk final. Hik Hik :D




macam biasa, bila aku dah masuk zon cuti, Mama dengan besar hatinya menurunkan takhta suri rumahnya kepada aku. Mama ada kerja lain dengan teman teman sebisnes dia. jadi aku tanpa segan silunya pun tanpa berat hati menerima takhta beliau dengan hati yang terbuka. duduk rumah sorang sorang, settlekan kerja kerja rumah, jemur kain, goreng goreng di dapur, vacuum lantai semua, sangat cool ok. baru ada rasa Mak Mak sikit. dengan kain batik yang tak berapa kemas dipakai. yang bakal terlucut bila bila masa je. memang ada rasa cam Omak Omak ehhhh. Ayah aku pun macam terkejut gak bila aku pakai kain batik ni. before before this, memang Takpakailahkan. tu pun aku pakai kadang kadang je ni. saje amik hati orang tua. hee.


lagi satu, belum panas punggung landing atas karpet, telefon akan berbunyi menandakan aku kena bergegas ambil adik aku balik sekolah. dengan anak jiran lagi aku tolong hantar sampai depan rumah. waktu yang berbeda beda. sejam lepas angkut sorang, sorang lagi. sejam kemudian, sorang lagi. sorang lagi. sorang lagi. nasib baik Kafa and tusyen diorang area taman je. boleh diorang menapak sendiri atau kayuh basikal. if not, kena jugak aku capai shawl cover rambut, capai spek itam besor, dah macam baru lepas kuar court atas kes penceraian, start enjin. bukak aircond paling maximum dan bukak radio kemaen kuat. saja bagi ada feel remaja remaja sikit. HAHA. perlu ke kan.


dalam lingkungan pukul sepuluh pagi pulak, aku jemur kain. rasanya kain tuh dah lama Mama mesin isi dalam bakul dan letak depan pintu dapur. tapi gara gara tak-cukup-tidur (alasan) lambat sikit la aku menjemur nya. kadang kadang macam nak pitam bila jemur kain dengan cuaca panas. matahari memancar mancar. terpaksa lah amek spek hitam besor tu lagi jemur kain. HAHA can u imagine that? jemur kain bersarungkan cermin mata hitam di mata? memang stok kena kutuk tanpa henti kalau orang nampak. HikHik.


lepas segala kerja yang di Listed kan mama aku dah settlekan, aku lepak lepak, tunggu ayah balik untuk lunch. aku dah prepare dah makanan atas meja , dah bancuh air , dah ready kan surat khabor yang uncle naik motor tuh campak depan rumah , dah sediakan ubat yang perlu ayah makan. then, lunch sesama dengan ayah. cuti ni lah peluang nak lunch dengan ayah kan. nanti balik U, dah takde. masa masa camni kita kena hargai :) cewah.



Photobucket

ingat orang duduk kampung jeke bela ayam. aku pun adaaaaaa. ayam serama ni umur dia panjang berbanding yang lain. yang lain dah kojol dah tapi yang nih masih kekal bernafas. pepagi aku dah kena bagi makan minum ayam ni. secara jujurnya, aku seorang yang takut AYAM. kalau bekas makanan ayam ni berada pada hujung sangkar, aku akan ambil guna penyepit yang panjang tuh. tak sanggup nak masukkan tangan takut kena patuk. pernah sekali tuh aku pinjam mama punya glove tebal yang untuk amik cake dalam oven tuh, semata nak ambil bekas makanan. kira kalau kena patuk pun, tak rasa sebab glove tuh tebal. HAHA.

aku memang trauma dengan ayam. sebab zaman aku jalan kaki g mengaji dulu, ada satu ayam gedabak besar ni jiran aku bela. aku bagi nama ayam tu AYAM PATUK. asal aku jalan kaki lalu situ je, mula lah nak attack aku. memang tak guna punya ayam -.-'' kalau kecik kecik dulu, orang tanya siapa paling aku benci, siapa musuh aku, aku akan jawab ayam ni lah. effect sampai skang

ok stop pasal ayam.

ini pasal peliharaan lain yang aku kena jaga cuti cuti ni. sang Tupai Terbang pula.

siapa yang rajin follow Facebook and Blog aku mesti dah kenal COCO ni kan.
yeah, ini coco the sugar glider.


jujurnya, aku TAKUT gila bila coco dah mula nak terbang melompat lompat dari badan orang ke badan orang yang lain. then akan melekat dekat baju kita. kau menari nari mana pun still, sugar glider ni akan melekat dekat baju. hehe. tapi comel. even aku tak lah jaga coco ni sangat sebab takut, tapi , aku sangat suka dengan sugar glider Like so much :)


sesape yang datang mesti macam leka tengok coco ni. hehe. coco dah famous dah sekarang. ada satu album dalam facebook aku create khas gambar coco jee. dah cecah 60+ yang like. amboi coco. kemaen kau kan !

dannnnnn, cuti cuti macam biasa lah, melekat depan laptop.

update status facebook.
reblog dekat tumblr.
jenguk blog.
download lagu.
tengok movie.
baca puisi.
google-ing.
blogwalking sikit sikit.
lirik lagu / video clips
bertweet dekat twitter
layan youtube (anwar hadi, mathluthfi ,maria elena )
layan parody jugak di youtube .

dan lain lain.

stereotype kan benda aku buat bila dah depan lappy ? HAHA.

oh tak lupa, skype-ing juga .

nak photoshoot tapi macam malas :'[



ok tu je kot bye.



1 :):

  1. qieee,aku admire kauuu punye belog :P

    ReplyDelete