selepas aku siapkan soalan diberi oleh madam farah, aku buka blogspot dot com. aku tekan new post. aku mula nak curah segala apa aku sedang rasa. biasa lah, kalau sukar luah dengan kata kata, aku capai lah broadband, aku capai lah laptop, aku lari lari kan jari aku atas keyboard. paling kurang, hasilnya, sedikit lega. paling kurang, hasilnya, aku rasa kurang berat bebanan aku sedang kendong. kurang sedikit kilogram bebanan itu pun sudah cukup bagi aku.
banyak benda dah lama aku diamkan. diam tak bermakna pendam. diam tak bermakna dendam. aku tak simpan dendam dalam hati. bila aku rasa aku marah betul, aku curah habis habis time tu jugak. aku selesaikan benda tu time tu jugak. aku khabar ketidakpuasan hati aku time time tu jugak. tapi rasa rasa dalam hati ni bukan boleh kawal. bukan boleh control. kalau ada remote control hati yang pakej dengan pause stop and play button tuh memang aku pelanggan pertama pergi beli dekat kedai. supaya tak perlu aku risau risau apa sedang dalam hati aku. tapi tak ada. kalau ada mesin yang boleh buat kita lupa benda kita nak lupa pun, dah tentu aku beli. pasti pasti aku senang nak delete delete segala benda yang aku nak delete dan lupa sampai mati. aku tak suka nak biar benda tu semua jadi parut dalam hati. sumpah aku Tak suka. kadang kadang aku kata aku lupa, tapi nak buang benda tu dari memori , mana mungkin .
kalau boleh aku nak dalam kepala aku ni , dalam fikiran aku ni , dah tak fikir fikir dah benda benda yang tak-patut-aku-fikirkan. aku nak fikiran aku fikir benda yang patut. aku nak fikiran aku kosong akan cerita cerita sakit hati. cerita cerita dimaki. cerita cerita aku yang tak-ramai-tahu. cerita cerita di mana aku yang nampaknya senyum dua puluh empat jam ini sebenarnya punya masalah tak-ramai-yang-tahu. ye, tak-ramai-yang-tahu. aku bukan suka nak sebar aib orang. kau jahat dengan aku, cukup sekadar kau dan aku tahu. kalau burden, baru aku cerita pada yang terrapat.
semester satu dulu banyak buka mata aku. banyak celikkan mata hati aku. banyak input berguna aku simpan rapi dalam memori supaya memori tu jadi pedoman. supaya segala itu jadi rujukan bila masalah masalah baru datang. ayah aku pernah kata , hidup kita ni lah sekolah kita. tua nya kita , muda nya kita , kita still student. pelajar yang hari hari belajar benda baru. sem satu dulu banyak sedarkan aku. dari segi persahabatan, dari segi kepercayaan, terlalu banyak aku belajar. terlalu banyak benda papppp, jadi dekat diri, dan aku terus jadikan iktibar. terus aku hati hati dengan orang orang terpilih itu. terus aku jauh jauh kan diri aku. TERUS.
semenjak itu, aku tanam dalam hati aku,
"tidak semudah mudah aku akan letak kepercayaan aku pada mana mana orang. tidak senang senang aku katakan orang itu sahabat aku. tidak mudah aku canang cerita cerita aku. lebih baik aku sedikit diam dalam kalangan mereka yang aku tak berapa kenal. biar saja aku bising bising kongsi kongsi dengan kalangan yang aku terlebih kenal"
dekat sini aku jumpa ramai orang pelbagai macam perangai .
yang suka aku , yang tak suka aku , yang puji aku , yang kutuk aku .
positif nya kau boleh baca pada entry di bawah , negatifnya pula ,
Lucu kan bila orang yang kita tak kacau even jentik , mengutuk kita ?
kelakar kan bila orang kita tak kenal , cakap buruk tentang kita ?
sumpah lawak kan bila orang yang kita tak layan, dendam dengan kita ?
persetankan boleh , tapi tipu kalau kata tak rasa apa apa . tipu .
aku cerita segalanya pada ayah , aku cerita segalanya pada mama. bila aku cerita pada mereka, air mata aku macam nak tumpah. cuma aku tahan. aku taknak nampak lemah depan diorang. aku taknak nampak cengeng. berapa banyak nasihat ayah mama ? tak terkira. ayah mama orang paling setia dengar pot pet pot pet aku. ayah mama orang paling tegar bagi respond atas segala masalah aku. ayah mama orang paling tahu siapa aku. ayah mama orang paling tak lekang bagi nasihat bagi semangat. mama suka bagi nasihat straight to the point. memang pedas. ayah pula jenis yang nasihatnya ala ala tradisional. ayat nya pendek tetapi penuh makna . dah macam A samad said pun addaaaaaa. cuma ayah aku handsome sikit. eh tak, sama sama handsome.
aku selalu save semua nasihat tu dalam kepala aku. SEMUA aku simpan. aku jadikan nasihat tu bekalan aku ke mana mana. bekalan aku sepanjang aku hidup. bekalan aku sebagai anak yang bukan hari-hari dapat face to face dengan mereka. bekalan untuk aku yang mudah goyah orangnya. bekalan ni aku bawa , bekalan ni aku simpan. ayah mama takperlu risau :)
semester satu , aku banyak silap langkah . tahun 2010 , aku banyak salah laku. aku banyak terlepas bicara. kini aku buka helaian baru. kini aku jadi yang baru. yang lebih hati hati dalam kehidupan. yang lebih berfikir sebelum melakukan , dan paling penting , yang gunakan serta aplikasikan bekalan ayahmama itu dalam kehidupan.
aku masih bersemangat dekat sini . kejar cita cita.
kadang kadang aku teringin jadi someone yang tak ramai kenalan . yang biasa biasa. yang tak ramai tahu kewujudan. kadang kadang aku NAK macam tu. sebab semakin ramai aku kenal, semakin bertambah jumlah hati aku kena jaga. semakin banyak juga mulut yang mengata.
biarlah , aku masih OK. aku masih ada bekalan ayah mama yang aku bawa.
tak heran lah dengan kata kata orang . tak heran .
pentingnya, kita kenal diri kita . pentingnya, ramai lagi sayang kita.
malam tadi aku bedtime story sampai pukul empat pagi dengan rafiqha. kawan baru aku yang aku selesa dengannya. yang aku rasa aku boleh percaya dan yang aku rasa dapat faham apa aku rasa. aku cerita daripada A sampai Z pasal life aku dekat sini. dia kenal aku. dia tahu cerita aku.
dia kata dia sukakan aku yang down-to-earth. ish, rapeq , nasib baik kau straight !
HAHA
Yul , Echa , Edd , Cinta , Marzita , Izwani , kau kenal aku yang sebenar juga kan ?
semoga kalian tegar jadi sahabat baik aku di sini .
kawan kawan lain juga , teruskan baik dengan aku. baik yang jujur, bukan yang tidak .
cubalah kau bersusah , yang setia itu kawan. yang pergi itu BUKAN.

0 :):
Post a Comment