Tuesday, January 24, 2012

Untuk awak yang dah 20 tahun



ALHAMDULILLAH. Harini dah 24 Januari , maknanya hari ini genap umur awak dua puluh tahun. Awak dah boleh cakap bye bye dah dekat angka belas belas tu. Semua tu dah jadi kenangan. Sekarang awak dah tua. Eh silap, dah meningkat dewasa. Orang kata kalau dah dewasa tak boleh main DOTA dah. Eh bukan orang kata, saya yang pandai pandai kata. Hi Hi

SEBENARNYA kan, saya dah buat something untuk awak. Saya captured gambar notes panjang lebar saya dekat Ipad dan konon konon nak buat entry w/out words dan fully pictures je. Bukan tu je, Ada lah lagi saya bajet bajet macam kreatif gila ambil gambar. Tapi malang tidak berbau , Memory Card D60 berlaku curang. Tiba Tiba buat hal. Jadi, harapan saya punah. Sangat kecewa tau! Nak capture yang baru macam tak sempat sebab saya kejar masa untuk update blog before 12am. Nanti dah masuk 25hb dah tak best. Lagi satu kan, Sebenarnya tadi saya pergi TF sebab nak beli pembalut hadiah untuk awak. Tapi saya lambat balik sebab stuck dalam TF akibat hujan lebat. Sebab tu balik je terus saya laju laju ambil gambar baru. Ah, drastiknya cerita saya!

Kesian saya kan? Tapi tak apa lah , saya ada HADIAH untuk awak! :)


Photobucket

JUST FOR YOU. sebenarnya saya tak reti nak buat suprise. Lebih Lebih lagi when you're not here in Port Dickson today. Saya tak ada kehebatan nak travel alone from PD to PERLIS. Oh ya, awak dekat perlis tu jaga diri elok elok ok. Semoga berbahagia dengan angsa angsa nenek awak. Seronoknya saya dengar awak main kejar kejar dengan angsa. Jelesnyew kitew dengan angsew. 27 ni awak balik PD kita main kejar kejar eh. NO MORE ANGSEW ANGSEW. Hi Hi

TADAAA , ini untuk awak. Walaupun hadiah nya tak ada lah hebat mana, TAPI satu benda yang saya bangga, ini semua saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri. FULLY.

ALHAMDULILLAH, gaji saya haritu boleh kata MASYUK la jugak, jadi ada saya asingkan untuk beli ini :') Hope you like it. Takboleh tak suka, kena suka jugak. KENA SUKA JUGAK.

Photobucket

Kotak cantik , dalam pulak ada 3 barang ! AGAIN, hope you like it :) and AGAIN, kalau tak suka kena suka jugak. Ngeh Ngeh. So cepat cepat balik PD. kalau lambat tak dapat. Hehe. Saya memang kejam.

Photobucket

:) :) :) :) :) :) :)

Photobucket

Memandangkan awak dah masuk 2series , dah ada angka DUA dekat depan dan PULUH tu dah jadi tittle awak, dan semakin KACAK, Ehem. So, saya rasa ALAIN DELON is one of the best brand to be chosen :) Hehe.


Photobucket

SORRY lah, tiba tiba saya rasa colourful sangat, Tapi nak buat macam mana, ini je yang mampu saya grab memandangkan CNY ni banyak kedai tutup. Ok tak alasan saya? Logik tak? Hi Hi

Tapi ok jugak lah colourful. Bagi awak rasa omey omey sikit. Eh lupa, dah dewasa takboleh panggil omey dah. Hi Hi.

Photobucket

Lastly, Card Panda dan juga lagi satu kotak hadiah. Contains of 3 items too. Satu set :) Dua Dua box hadiah ni pun mengandungi hadiah untuk diri awak. Untuk awak handsome handsome. Saya harap awak suka walaupun tak seberapa :)



SELAMAT HARI LAHIR YANG KE20 AMREY EZUAN.

Semoga panjang umur , murah rezeki dan semoga sentiasa dijaga Allah. Semoga behagia dunia dan Akhirat InsyaAllah. Jadi anak yang baik dan soleh ok? May your dreams and wishes come true. Semoga terus kuat dengan liku liku kehidupan. Ewah. Semoga bahagia di samping orang orang tersayang. Thanks goes to your mom and dad sebab tanpa mereka tiada lah awak. Hehe. Happy birthday dear. Hopefully awak cepat balik sebab KALAU LAMBAT TAK DAPAT.

Ngeh Ngeh. Akhir kata, Sayang Awak ! Hi Hi Hi :'D






Sunday, January 22, 2012

Flashback


ASSALAMUALAIKUM. Page 22 of 366

Photobucket

MALAM tadi i pillow talk dengan Mama around 3 in the morning. Ok sebenarnya bukan malam tapi pagi. Biasalah, bila dah berborak mesti akan melencong ke segala topik yang berlainan. Sekejap itu Sekejap ini. Malangnya, lencongan telah betul betul terlencong. I mean, we talked about those memories back then when i was still young and perfectly immatured. Aint matured at all. To make it clear, puppy love la macamtu. Sejujurnya, bila flashback kisah lama memang akan ada something-wrong-somewhere dalam hati. Susah nak explain how the feeling is. So i explained everything again , made it clear again and strengthened my reasons why i did so. Sebenarnya Mama pun faham dan saja saja je flashback untuk bercerita. Suka Suka berborak. I pun tak kisah dan tak ada terguris langsung dalam hati bila flashback. Sometimes Flashback ni ada bagusnya kalau kena pada tempat. Kena pandai pandai tahu apa pro and cons.

---I believe that everything happens for a reason. In Fact, life is kind enough to let you make mistakes and learn from that. As for me, people comes and goes in our lives. It hurts but its life. Sometimes we've to forget what's gone, Appreciate what still remains and look forward to what's coming next.


Dan bila orang tanya aku "Aqilah , How's life? Makin Happy nampak!"

All i can say is , ALHAMDULILLAH.

*Yang sekarang ni pun sebenarnya tak boleh nak berharap lebih lebih. Cuma sentiasa berdoa agar dipanjangkan dan dapat di ikat dengan ikatan yang halal satu hari nanti. InsyaAllah.

Walau apa pun , Rencana Allah S.W.T tetap yang terbaik.

---

Kejap eh , nak tepek gambar syok sendiri depan webcam. Maklumlah, Masa ni dah siap siap nak keluar tapi tiba tiba Mama called tak bagi keluar T_____T

Photobucket

Muka gembirewwwwwwww ( rempitz style is so KEWL! tambah w banyak banyak)

Ok bawah ni pulak muka kerek -.-"

Photobucket

The latest me. Purple is ze colour! Hew Hew.

ps/ Kenapa i sorang je yang belum ber HEW-HEW? sekarang trend semua orang nak HEW-HEW instead of HEHE or HAHA kan? Ok so lets HEWHEW-ing !


Dah Dah. Enough for today. Happy CNY ! besok i kerja part time dekat kedai ice cream for two days. Saje cari duit lebih walaupun gaji haritu belum habis. Next gaji i yang dekat TenTen pulak dapat 7feb depan. Alhamdulillah. Hew Hew. (see, i used hewhew just now)

BYE!

Jap Jap , 2 days left before his birthdayyyyyyyyy

Kdah, BYE BYE for real !

Saturday, January 14, 2012

cerita 30 december lepas.



Photobucket

Lamanyaaaaaaaaaaaaaa saya tak update blog. Kan? Sepatutnya entry birthday haruslah di publish pada 30 december lepas. Tapi memandangkan selama sebulan saya menjadi seorang yang workaholic yang kerja lebih dua belas jam sehari dengan OT almost 5hours a day dan tanpa cuti langsung, maka terabai lah blog ni buat seketika. Hari Hari ada niat nak update dan hari hari juga lah niat terbantut dek kerana tertidur depan laptop. Tak tipu. Ianya rasa penat yang paling penat saya pernah rasa. Sampai demam demam sampai sakit sakit badan sakit sakit kaki kerja. Family pun naik risau dan kesian. Hari Hari update cerita kerja dekat Twitter, so siapa yang follow tu tahu lah susah payah, kena ngorat, kena marah dan macam macam lagi sepanjang bulan tu. Tapi Tapi Tapi kannnn, paling best part dipanggil ke office untuk ambil gaji atas meja. Tiba Tiba rasa poket penuh pulak ! Ngeh Ngeh. Alhamdulillah. Time Time ni siapa baik dengan saya mesti dapat makan free! Sekarang pula, Memandangkan dah berhenti kerja , jadi dah boleh update blog dengan kerap :) takde dah tipu tipu cakap nak update tapi end up tertidur depan laptop. Hehe sorry, bukan tipu tapi tertidur tiap kali nak update. Sob Sob.

Ok dah boleh stop dengan intro panjang berjela. Lets flashback to previous 30th of dec 2011.


Photobucket

Ini selepas kena baling dengan benda kelip kelip kilat kilat dekat tempat keje. Terkejut tau bila kena baling dengan benda alah ni. Berkilat kilat habis satu muka. Satu pasaraya tu saya kejar akak supervisor. Lepastu kasut kena sorok, berkaki ayam jadinya. Memang kaw kaw kena prank. Habis dalam kereta saya pun berkilat kilat. Drive dengan kilat kilat satu muka. Hehe

Malam tu saya call Amrey Ezuan. Free call kan. Saya call sekejap je sebab penat saya sudah capai tahap maksimum masa tu. Tak sempat nak call orang ramai dalam contact list macam yang saya buat setiap tahun. Besok nya pulak saya kerja. Jadi memang tak boleh tidur lambat. Masa call tu bunyi bising. AE kata itu roomate dia yang bising. Saya pun percaya bulat bulat. Bila nak end call dia cakap 'Tahu tak i dekat mana? Dalam bus nak balik PD' and i was like excited gila dalam hati tapi buat donno sebab masa tu macam dah mamai mamai plus kecil hati sebab dia macam tak eksaited birthday saya :'| Lagipun saya anggap dia main main je tu.

Next day, pergi kerja macam biasa. saya Text Amrey Ezuan tanya betul ke dia balik PD. Dia kata, Tak, dia tak ada dekat PD. dia saje saje cakap macam tu untuk sejukkan hati saya. Apa lagi. Nak menangis ada nak marah pun ada. Mixed feeling ! Tak baik tau buat orang macamni :(

Tengahari tu pulak, Ayah dan adik adik datang hantar Cake dan keropok , coklat serta Air untuk makan dengan Staff sekerja. Suprise pulak bila tiba tiba ayah datang hantar. Sedih tadi hilang kejap. Hi Hi.

Photobucket

Ini cake untuk celebrate dekat tempat kerja :) Cukup sebab staff pun bukan ramai mana. Paling penting , cake ni serious sedap !

Petang tu pulak, Amrey Ezuan bukan nak balas msg. Memang laaaaaa sentap kan. Lalu saya pun membawa diri duduk atas stok baju dalam pasaraya tu. Tengah leka mengelamun, tiba tiba dengar ada orang panggil. Tu pun dia kata dia panggil beberapa kali baru saya sedar. Tengok depan....

Arghhhhhhhhh AMREY EZUAN RUPANYA! okay eksaited gila dalam hati tapi tak tunjuk depan depan. Hehehe. Mengada tau ! dala percaya yang bunyi bising tu roomate dia. Padahal bunyi dalam bus nak balik from Perlis to Port Dickson. Memang macam tertipu sangat. Tapi ini suprise paling best pernah saya dapat. Then dia pergi kereta kejap ambil hadiah :') Hehe. Pukul 6 petang dah masuk waktu rehat saya so straight pergi mcd untuk makan.

McD PD romantik tau petang petang. Masa makan dapat tengok sunset tepi pantai. hehe :)

Pandai gila berlakon sampai saya tertipu. Bukan senang nak prank Aqilah Ashari. Well done AE. hehe. Bila dah tengok saya sedih duduk sorang sorang sambil mengelamun, baru minta maaf dan kata sedih sangat tengok saya macamtu :P Tahu pun ! Siap cerita dekat Family saya macam mana saya mengelamun sampai tak dengar dia panggil.

Malam tu pulak nak makan makan sikit dekat rumah. Berani mati mintak izin supervisor nak balik awal. harus lah appreciate birthday yang setahun sekali kan?


Photobucket


Photobucket

Chocolate Indulgence :) and western food. omnomnomnomnom

Masa ni AE baru balik kenduri dan bawa nasi minyak serta lauk pauk sekali. Banyak pulak tu. Much thanks dear! Bertambah makanan. Alhamdulillah. Rezeki :)


Photobucket

Venue : Home sweet Home. Pondok tu tempat kitorang lepak ramai ramai

Photobucket

Lepas makan , ps3 Timeeeeee ! Bak kata Darimi "This is the coolest Family ever!" Lama jugak dia mengadap ps. Gamers tegar kan masing masing. Alang Alang Alep tengah text Darimi, so ayah pun invite Darimi datang sekali makan. Family kitorang memang rapat


Photobucket

Saya sangat tak ada masa nak Makeup even secalit. Balik kerja terus mandi dan prepare for this celebration. Penat sangat sangat hanya Allah je tahu. Muka pun macam pucat. Eyebag pula sudah mula berjinak jinak bawah mata. Pathetic me.

Ohye, belakang tu ada kaki Suhyla Ashari dan Boyfriend dia, Alep Masakazu. Tengah layan ps.

Photobucket

Saya camwhore dan syok sendiri sebab masa tu tak ada sesape nak tolong snap. Hampeh! Haha

Photobucket

I confess that you've made my 19th birthday more special ! You really did :')
" it is not how much you did , but how much love you put in the doing "


Muka bangga pegang cake :'D Simple! Small celebration je pun. hehe

Photobucket

Antara yang memeriahkan lagi suasana :) Thanks guys ! Appreciated.

Photobucket

Adik saya, Suhyla Ashari dan Alep Masakazu yang sama umur dengan saya. Korang dua memang sweet. Tapi saya dan Amrey Ezuan lagi sweet. Okbye. Hahaha.

Ok lah, ini pulak birthday present daripada semua. Thankyou people :') To show my appreciation, i tepek dekat blog. Let the pictures speak for themselves ~


Photobucket


Photobucket

Amrey Ezuan kata ada satu hadiah tu 'Hadiah Menganjing' Tau tak apa?

Jam Loceng Angry Bird. Betul Betul menganjing -.-" Nak cakap aku bangun lambat la tu! Haha

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Lets move to my birthday Wishes. Secara jujurnya dekat sini, saya memang tak sempat nak reply semua atas dasar sibuk dan penat bekerja part time. (eh macam ayat retissss tak? Kahkah. annoyed much kan?) hehe. tapi betul , free call pun terbuang macam tu je. Keje punya pasal. Mencari sesuap nasi kata orang. hehe.

Again, let the pictures do the talking :)

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Antara ucapan dekat Twitter. Yang dekat Fb tak payah lah eh :D haha


Selain tu, sejuta penghargaan buat dua kawan baik yang update entry untuk saya. Baca lah :) Menangis terharu tau baca. hehe.



Banyak lagi birthday wishes. rasanya tahun ni paling banyak dan paling awesome. Wishes semua stok nak panjang panjang je. Memang mengalir air mata baca.

Terima Kasih semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Semoga kita sama sama sentiasa dijaga Allah dan panjang umur serta murah rezeki. InsyaAllah :)

Terima kasih Mama Ayah. Tanpa kalian dua, tak ada lah insan bernama Aqilah Ashari.


Photobucket

Ini masa birthday saya masa umur SATU TAHUN. Dekat rumah arwah Nyaie and Yaie. Kepala botak tu dah tentu tentu lah saya. Rasa macam cepat je masa berlalu kan? Tup Tup budak botak yang gebot tu dah 19tahun.

Photobucket

ini pulak masa saya dah besar sikit. Ini birthday akak saya. Tapi gambar ini menjadi bukti betapa saya gilakan cake birthday ! Hi Hi Hi

:") Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. sekarang dah besar ! Dah ada cita cita. Dah boleh berdikari. Dah belajar cari duit masa cuti. Semoga saya sentiasa kuat hidup di muka bumi ini. InsyaAllah.

Again, Million thanks to those yang menceriakan 30 december saya yang lepas. Hehe

Tahun 2012 ni pulak , dah 20 :"D Time flies so fast !


Monday, December 12, 2011

Pentingnya, kita kenal diri kita. Pentingnya, ramai lagi sayang kita.


Entry ini entry motivasi untuk santapan minda serta nasihat. Jadi sebelum aku mulakan sesi motivasi tak bergaji aku ni, Izinkan aku berikan senyuman aku ni dahulu hehehe

Sebelum tu, sebenarnya ni entry untuk pesanan kepada diri sendiri jugak :)

Photobucket

Ok.

Pernah rasa nak lari jauh jauh atas alasan tak cukup kuat nak hadapi segala upside down dalam kehidupan? Pernah rasa nak tidur doplohempat jap atas dasar nak lupakan alam nyata yang seakan kejam? Pernah rasa macam nak menangis tapi tak mampu nak menangis atas sebab air mata pun dah penat nak tunjuk muka? Pernah rasa sedih bila kena kutuk atau tikam belakang dengan kawan baik sendiri? Dan last sekali, pernah rasa down sampai anggap diri tak harus hidup dah? Rasa hidup tak ada erti akibat pancaroba dunia yang tak sudah? Pernah tak?

Mestilah pernah. Sesiapa pun pernah masuk dalam zon yang aku highlight kan di atas bukan?tanpa aku mention pun, semua orang pun dah tahu yang macam mana roda-nya kehidupan. Apa Apa pun, pentingnya, kena KUAT. Walaupun cakap-kuat tu senang dan nak-jadi-kuat tu sedikit payah, Tapi memang kena kuat. MEMANG KENA Paksa diri untuk kuat.


Walaupun sekarang tak ada apa yang buat aku rasa macam tu, Tapi, sebagai persediaan untuk hari hari mendatang, aku dah sediakan perisai kuat dan sabar aku. Bila Bila saja benda berat boleh bebankan kepala. Aku juga dah sediakan perisai protect diri menggunakan hujah bila diri tak salah. Memang cara aku macamtu. Berbincang baik baik. Ini paling aku amalkan sejak jejak kaki dekat kehidupan Universiti. Tempat paling banyak ajar aku mana kawan mana lawan. Tempat paling banyak ajar aku betapa variasinya perangai manusia.


Tak percaya ? Cuba selam apa aku pernah rasa dalam entry ni. Entry awal tahun aku ,


Mungkin daripada apa yang aku tulis , serba sedikit boleh beri semangat kat kawan kawan aku yang tengah down tu. Aku tak dapat nak bantu mana bila sorang sorang datang bercerita masalah. Cuma, aku mungkin dapat bantu dengan kata kata dalam penulisan aku kan?


Ohye, Alhamdulillah, apa yang aku tulis dalam entry 8 januari tu semuanya sudah aku kuburkan. Tak ada dendam. Cuma pengajaran itu yang aku simpan. Semuanya dah lama selesai. Dah berbaik baik lagi tu dengan those people yang ada kaitan dengan penulisan aku tu. Biasalah, Tak ada yang sempurna. Buat silap. Semua benda insyaAllah boleh diselesaikan. Percaya lah.


Ingatlah, Sebagai manusia memang kita tak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Tapi ketahuilah bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah, pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti. Ujian dan Dugaan tu tanda Allah sayang. Kan? Tak ada manusia yang bergembira sepanjang masa, tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara. Walaupun aku juga tak ada lah bagus mana, cuma, selalu pegang semua ni. Kerana orang yang diberikan musibah atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dariNYA. Ayah aku selalu cakap, Yang penting jangan sombong dengan tuhan. Jangan lupa berdoa.


ps/ Walaupun aku kata aku suka perbetulkan dengan hujah, Tapi kalau dapat inbox berkaitan macamni contohnya, "Kenapa you suka nak rampas orang yang i cayanggggg, u memang asdfghjkl tau rampas boyfriend i. Kenapa dengan u niewww ha? perempuan jenis apa u niew"

Tahu apa aku buat?
Delete. Diam. Tak layan. Diam bukan bermaksud kalah. Tapi benda bodoh, buat apa nak layan? Buat apa nak letak diri sama level dengan orang tu?"Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri"

"pentingnya, kita kenal diri kita . pentingnya, ramai lagi sayang kita"

Dapat input berguna tak? Semoga kita sama sama :) STRONG!

Photobucket

Aku harap bila aku pula yang lemah dan jatuh , masih ada yang sanggup sama sama bangunkan aku. Kawan yang betul betul ada bila kita jatuh tu la, baru benar namanya KAWAN


Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday - Bear awak



Photobucket

Orang kata , Kalau kita sayang someone tu , Kita sanggup bagi barang kita yang kita sayang, dekat orang tu. Tak kira la, barang yang kita sayang sikit atau sayang banyak. Bear yang disimpan sejak sekolah rendah , siapa tak sayang kan? Jangan risau. Saya jaga dia ni elok elok. Siap bagi pakai baju dan cekak pink ! hahahaha.

Walaupun awak cakap bear ni laki -.-"

Photobucket


*eh dah tak macam wordless-wednesday dah ni.
*eh dah nak masuk khamis baru nak buat entry Wordless Wednesday. Hi Hi

Macam budak budak tak aku ? Told ya , Aku memang .